Masalah dengan inbox yang hanya tunjuk teks
Versi pertama WhatsApp Inbox ARAS tunjukkan perbualan — teks, imej, status delivery. Itu sahaja. Untuk tahu siapa customer ini, merchant perlu buka tab lain, cari dalam senarai customer, semak order history secara berasingan.
Dalam operasi yang terima puluhan atau ratusan mesej sehari, berpindah tab untuk setiap customer buang masa dan berisiko terlepas konteks penting.
Inbox yang baru selesaikan ini.
Panel Customer di sebelah kanan
Buka mana-mana perbualan, panel customer muncul di sebelah kanan skrin. Ia tunjukkan nama, nombor, dan maklumat asas customer tanpa perlu keluar dari inbox.
Untuk customer yang sudah ada dalam senarai, merchant boleh lihat profil mereka terus dari perbualan. Bagi customer baru, nombor tetap kelihatan walaupun tiada profil tersimpan.
Context Rail — rekod order dalam perbualan
Di bawah maklumat customer, context rail tunjukkan order terkini yang berkaitan dengan customer tersebut. Merchant boleh tengok status, jumlah, dan butiran order tanpa keluar dari inbox.
Ini bermakna apabila customer tanya "order saya mana?" — jawapannya ada dalam skrin yang sama.
Canned Responses
Merchant kini boleh simpan template reply yang selalu digunakan — balas FAQ, notis penghantaran, ayat terima kasih — dan akses dengan cepat semasa membalas perbualan.
Canned responses disimpan per-merchant dan boleh diurus dari dalam inbox. Tidak perlu copy-paste dari luar atau taip benda yang sama berulang kali.
Nota dalaman pada perbualan
Setiap perbualan kini ada ruang untuk nota dalaman — nota yang hanya kelihatan kepada pasukan merchant, bukan kepada customer. Berguna untuk rekod tindakan susulan, status rundingan, atau arahan untuk ahli pasukan lain.
Filter yang lebih baik
Senarai perbualan kini boleh ditapis — contohnya untuk lihat perbualan yang belum dibaca sahaja, atau perbualan yang masih terbuka. Filter ini membantu merchant yang urus inbox beramai-ramai kekalkan kejelasan tanpa terlepas mesej penting.
AI Reply boleh disambungkan ke model sendiri
Ciri AI Reply yang tunjukkan cadangan balas kini boleh dikonfigurasi oleh merchant Peniaga. Melalui Tetapan → AI Reply, merchant boleh sambungkan model bahasa mereka sendiri menggunakan API key — bukan terhad kepada model lalai ARAS.
Cadangan AI kekal sebagai cadangan — merchant masih semak dan hantar secara manual. Pilihan sambung model sendiri memberi merchant kawalan terhadap nada, bahasa, dan keupayaan model yang digunakan.

