Pengasas

Ridwan Shah

Pengasas & CEO — Greenly Ventures

Saya mula berniaga dalam ecommerce sebelum bina ARAS. Saya faham rasa kena bergantung pada platform orang lain — bila algoritma bertukar atau akaun kena suspend, operasi anda berhenti sepenuhnya. Anda bina pelanggan, tapi data pelanggan itu bukan milik anda.

ARAS lahir dari masalah itu. Bukan sebagai platform lain yang anda bergantung padanya — tapi sebagai infrastruktur yang anda kendalikan sendiri. Order, ejen, komisyen, penghantaran, storefront — semua dalam satu workspace yang milik anda. Kami operate melalui Greenly Ventures Sdn Bhd, sebuah syarikat teknologi Malaysia yang saya tubuhkan untuk bina tool operasi untuk merchant tempatan.

Falsafah kami adalah BYOT — bawa traffic anda sendiri. Platform anda. Pendapatan anda sepenuhnya.

Dah baca cukup. Cuba ARAS sekarang.

Platform jualan sendiri. 30 hari percuma. Tanpa komitmen.