Ringkasan
Ini perubahan yang sudah live sejak update terakhir kami. Kebanyakannya tak perlukan sebarang tindakan — kami tandakan yang perlu.
Orders: lebih kemas, lebih terkawal
Pilih lajur yang anda nak nampak. Setiap ahli pasukan boleh tunjuk atau sembunyi lajur dalam senarai Orders ikut cara kerja masing-masing. HQ boleh tetapkan paparan lalai, dan lajur teras yang penting tidak boleh disembunyikan.
Order dikunci selepas kurier ambil parcel. Sebaik sahaja parcel dipickup, butiran yang menjejaskan nilai dan penghantaran — seperti item, jumlah, yuran penghantaran dan kaedah bayaran — tidak boleh diubah lagi. Ini supaya rekod order sepadan dengan apa yang sebenarnya dihantar. Perlu buat apa? Semak dan betulkan butiran order sebelum kurier ambil parcel.
Dashboard dan Orders kini bermula dengan 30 hari lepas. Sebelum ini, paparan lalai ialah "Bulan Ini", jadi hari-hari awal bulan nampak kosong. Anda masih boleh tukar julat tarikh bila-bila masa.
Storefront dan checkout
Ambang penghantaran percuma ikut zon. Dalam tetapan penghantaran storefront, anda kini boleh tetapkan jumlah minimum untuk penghantaran percuma yang berbeza bagi setiap zon penghantaran. Ia pilihan — storefront anda kekal seperti sedia ada sehingga anda tetapkannya.
Pilihan bayaran yang lebih jelas. Checkout kini papar pilihan COD dan bayaran online dengan lebih jelas, lengkap dengan logo kaedah bayaran yang tersedia. Jika anda sudah tetapkan yuran bayaran, pembeli nampak nilainya dengan ringkas, contohnya RM10.00 atau 2.5%.
E-mel pengesahan order untuk pembeli direka semula. Pembeli kini menerima e-mel pengesahan yang lebih kemas, dengan nama kedai anda sebagai pengirim dan pada bahagian atas e-mel. Tiada tindakan diperlukan.
Penghantaran
Rate card rujukan Ninja Van. Jika anda menghantar menggunakan perkhidmatan Ninja Van melalui ARAS, anda kini boleh lihat jadual kadar rujukan di Pricing & Fees → View rate card. Jadual ini meliputi West dan East Malaysia sahaja; Singapura tidak termasuk.
Store yang disambungkan
"Disconnect" kini betul-betul memutuskan sambungan. Pada senarai Stores, butang Disconnect untuk store marketplace yang disambungkan (seperti TikTok Shop) kini menjalankan proses putus sambungan yang betul dan mengekalkan rekod store anda, bukannya memadamnya. Untuk WooCommerce, butang kini dilabel "Delete Store" kerana ia memadam rekod store dan kunci sambungan — order yang sudah diimport kekal.
Ringkasnya, anda perlu buat apa?
- Semak butiran order sebelum kurier ambil parcel — selepas itu ia dikunci.
- Jika anda mahu ambang penghantaran percuma ikut zon, tetapkan di tetapan penghantaran storefront.
- Selain itu, tiada tindakan diperlukan.
