Tak perlu buka dashboard untuk ingat prestasi minggu lepas
Data prestasi hanya berguna kalau anda sempat kembali dan membacanya. Kalau minggu anda dipenuhi order dan operasi, dashboard mudah terlepas daripada rutin.
ARAS kini menghantar ringkasan mingguan kepada email HQ setiap Isnin pagi. Ringkasan itu mengambil data minggu sebelumnya dan hanya dihantar apabila workspace mempunyai aktiviti order.
Apa yang ada dalam ringkasan
- Jumlah jualan dan jumlah order, bersama perubahan berbanding minggu sebelumnya
- Bilangan order delivered, pending, dan cancelled
- Top performer untuk minggu tersebut jika ada data team
- Pautan untuk buka dashboard dan semak butiran penuh
Kawal dari Notifications
Di Settings → Notifications → Reports, HQ boleh hidupkan atau matikan Weekly summary. Email ini dihantar kepada ahli HQ, bukan kepada pelanggan atau semua ahli team.
