Kenapa ini penting
Bila HQ bayar pengeluaran secara manual, ejen selalunya tak pasti bila tepatnya duit dah dihantar, atau tak ada bukti pemindahan yang senang dirujuk semula. Ini boleh buat ejen tanya-tanya di WhatsApp — "duit dah masuk ke belum?"
Resit terus dalam Wallet
Bila HQ tandakan satu pengeluaran sebagai dibayar, HQ kini boleh muat naik resit pemindahan (dan nombor rujukan bank) terus dalam modal "Mark Paid". Resit ini terus muncul dalam sejarah pengeluaran ejen — boleh dibuka bila-bila masa sebagai bukti, tanpa perlu tanya HQ.
Notifikasi automatik setiap kali status berubah
Ejen kini terima notifikasi automatik — dalam app, push iOS, dan emel — setiap kali status pengeluaran mereka berubah, dari permohonan diterima sehingga dibayar. Tiada lagi perlu buka Wallet berulang kali untuk semak.
