← Semua kemaskini
Ciri Baru·22 Ogos 2026

Kongsi Produk Storefront Dengan Link Terus

Hantar pelanggan terus ke produk yang anda maksudkan

Bila anda promosikan satu produk melalui WhatsApp, social media, atau link ahli team, pelanggan tidak patut perlu mencari semula item itu dalam katalog.

Dari dashboard, HQ kini boleh salin pautan terus untuk produk tertentu. Link itu membuka product sheet yang betul dan masih mengekalkan konteks storefront serta link ahli jika digunakan.

Harga dan maklumat produk kekal selari

Product sheet yang dikemas kini memaparkan variasi, harga semasa, dan harga asal apabila ada diskaun kempen. Urutan katalog turut mengikut pilihan merchandising merchant, manakala item yang lebih banyak terjual boleh dikenal pasti melalui kiraan sold yang dikumpulkan merentas channel.

Kiraan sold ialah sejarah order line yang berjaya direkodkan. Ia bukan janji stok semasa dan tidak mengubah jumlah komisen.

Sesuai untuk promosi harian

Salin link produk, hantarkan kepada pelanggan, dan biarkan product sheet membawa mereka terus ke variasi dan harga yang relevan. Untuk storefront dengan campaign pricing, harga akhir tetap disahkan semasa checkout.

Dah baca cukup. Cuba ARAS sekarang.

Platform jualan sendiri. 30 hari percuma. Tanpa komitmen.