← Semua kemaskini
Ciri Baru·21 Ogos 2026

Tetapkan Yuran Payment Mengikut Kaedah dan Pasaran

Kaedah payment tidak semestinya berharga sama

COD dan online payment membawa kos yang berbeza. Bila anda menjual dalam MYR dan SGD, satu yuran global pula tidak cukup untuk menerangkan jumlah yang pelanggan akan bayar.

HQ kini boleh tetapkan yuran payment dalam dua kad berasingan: satu untuk COD dan satu untuk online payment. Setiap kad menyokong jumlah tetap atau peratusan, dengan nilai berasingan untuk MYR dan SGD.

Pelanggan nampak jumlah sebelum mengesahkan

Checkout memaparkan label dan jumlah yuran dalam ringkasan order. Untuk yuran peratusan, kiraan menggunakan subtotal selepas diskaun bersama shipping yang ditanggung pelanggan, kemudian dibundarkan kepada dua tempat perpuluhan.

Server mengira semula yuran, total, dan snapshot order semasa checkout. Jumlah yang dihantar dari browser tidak boleh mengubah harga akhir.

Gabungkan dengan tetapan payment anda

Di Storefront → Payments, hidupkan kaedah dan yuran yang anda mahu. Ketersediaan COD juga boleh dikawal mengikut pasaran, jadi MY dan SG tidak perlu menggunakan aturan yang sama.

Dah baca cukup. Cuba ARAS sekarang.

Platform jualan sendiri. 30 hari percuma. Tanpa komitmen.