← Semua kemaskini
Ciri Baru·26 Ogos 2026

Referral ARAS Kini Live Untuk Rujukan Berbayar

Rujuk seller yang memang sesuai dengan ARAS

Pengguna ARAS selalunya tahu seller lain yang sedang bergelut dengan order, channel, dan komisen yang berpecah. Kini anda boleh berkongsi satu link referral peribadi terus dari menu akaun.

Apabila workspace baharu mendaftar melalui link anda dan mula membayar, akaun referral anda menerima 20% daripada setiap invois subscription berbayar untuk 12 invois pertama. Pengiraan dibuat pada invois berbayar, bukan tempoh bulan.

Rekod referral berasingan daripada komisen merchant

Pendapatan referral ialah tanggungan ARAS dan diurus dalam akaun referral yang berasingan. Ia tidak bercampur dengan earning balance atau payout komisen daripada workspace merchant anda.

Setiap pendapatan melalui tempoh hold sebelum boleh diminta untuk payout. Payout pula melalui semakan manual supaya rekod, penerima, dan pembetulan reversal kekal jelas.

Lengkapkan maklumat sebelum payout

Sebelum payout referral dibuat, ARAS meminta maklumat identiti payee yang diperlukan untuk rekod bayaran dan CP58. Ini memastikan payout pergi kepada penerima yang betul; ia bukan pengganti nasihat cukai profesional.

Cara bermula

Buka menu akaun, masuk ke Referral, dan salin link anda. Rujukan pertama direkod melalui link tersebut, jadi anda tidak perlu memasukkan signup secara manual.

Dah baca cukup. Cuba ARAS sekarang.

Platform jualan sendiri. 30 hari percuma. Tanpa komitmen.