Katalog lebih mudah ditapis dan disediakan
Bila katalog mula membesar, nama produk sahaja tidak cukup untuk cari kumpulan yang perlu diuruskan. Anda perlukan cara untuk mengumpulkan produk mengikut koleksi, kempen, atau cara operasi anda sendiri.
HQ kini boleh cipta tag produk dan letakkan beberapa tag pada produk yang sama. Tag boleh digunakan untuk klasifikasi dan penapisan dalam katalog; ia bukan tanda bahawa produk sudah menyertai kempen tertentu.
Simpan dimensi parcel bersama produk
Editor produk turut menyediakan medan panjang, lebar, dan tinggi untuk dimensi shipping. ARAS menyimpan ketiga-tiga nilai sebagai satu set lengkap, atau mengosongkannya jika maklumat belum tersedia.
Dimensi ini ialah asas metadata produk dan belum digunakan untuk menghantar quote kepada courier. Jangan anggap nilai yang disimpan sekarang mengubah kadar atau label shipping.
Tag diarkib, bukan dipadam
Kalau sesuatu tag tidak lagi digunakan, arkibkan tag itu. Produk lama masih mengekalkan rujukan dan tag tersebut boleh dibuang daripada produk tanpa meninggalkan pautan yang rosak.
