Negeri pada alamat tidak selalu cukup
Alamat pelanggan boleh mempunyai negeri yang tidak lengkap atau tidak sepadan dengan poskod. Kalau sistem hanya bergantung pada state, order di sempadan zon boleh menerima kadar yang salah.
Checkout storefront kini cuba kenal pasti zon Malaysia daripada poskod lima digit dahulu. Poskod Labuan (87000–87999), Sabah (88000–91999), dan Sarawak (93000–98999) masuk ke zon East Malaysia; poskod Malaysia lain yang sah masuk ke Semenanjung.
Poskod menang apabila dua maklumat bercanggah
State masih digunakan sebagai fallback apabila poskod tiada atau tidak dapat dibaca. Tetapi apabila poskod yang sah dan state bercanggah, server menggunakan poskod sebagai sumber utama supaya kiraan checkout dan order yang disimpan kekal selari.
Berat parcel dikira dengan aturan yang sama
Kadar zon meliputi 1 kg pertama. Setiap tambahan kilogram yang bermula menambah RM1.00 untuk zon berbayar, manakala kadar zon RM0 bermaksud delivery percuma untuk semua berat.
Pelanggan hanya melihat Standard delivery dan harga akhir zon. Mereka tidak perlu memilih courier atau memahami routing operasi di belakang tabir.
