← Semua kemaskini
Penambahbaikan·6 Jun 2026

Lencana Order Baru Di Sidebar

Tahu ada order baharu tanpa membuka Orders

Untuk HQ yang memproses order setiap hari, isyarat pertama biasanya menentukan apa yang perlu dibuat seterusnya. Sebelum ini, anda perlu membuka halaman Orders dahulu untuk tahu sama ada ada order baharu yang menunggu.

Kini item Orders dalam sidebar memaparkan lencana merah dengan kiraan order baharu yang belum diproses. Kiraan itu hanya untuk order baharu yang relevan kepada HQ, bukan sejarah order yang diimport.

Summary ikut konteks filter

Summary pills di atas senarai Orders turut menjelaskan skop kiraan. Bila anda menapis ikut agent atau status, teks bantuan menunjukkan bahawa angka tersebut datang daripada subset yang ditapis, bukan jumlah keseluruhan.

Isyarat kecil, tindakan lebih cepat

Lencana membantu anda masuk ke Orders hanya apabila ada kerja baharu. Bila sudah berada di sana, konteks filter yang jelas mengurangkan risiko membaca angka yang salah.

Dah baca cukup. Cuba ARAS sekarang.

Platform jualan sendiri. 30 hari percuma. Tanpa komitmen.