Kenapa ini penting
Orders adalah halaman yang paling kerap dibuka sepanjang hari — semak status, catat nota, sahkan pembayaran, salin nombor tracking untuk pelanggan. Bila jadual perlu di-scroll ke tepi untuk nampak lajur penting, atau nota kena buka order penuh dulu sebelum boleh tambah, kerja harian jadi lambat sikit demi sikit sepanjang hari.
Kemas kini ini fokus pada satu benda: buatkan Orders lebih operasional, bukan sekadar cantik.
Jadual yang lebih kemas, tiada scroll ke tepi
Susunan lajur disusun semula supaya semua maklumat penting muat dalam skrin tanpa scroll mendatar. Lajur sumber order (nombor order, domain kedai, nombor tracking) kini boleh dipilih dan disalin terus dengan satu klik — sama macam medan nombor telefon.
Nota pantas terus dari senarai
Ikon nota kecil di sebelah nama pelanggan bagi anda tambah atau kemas kini nota dalaman terus dari senarai — tak perlu buka order penuh. Ikon akan bertukar warna amber bila order tu dah ada nota, jadi mudah nampak sekali imbas order mana yang perlukan perhatian.
Pembayaran dikenali dengan lebih tepat
Sistem pengesanan kaedah pembayaran kini lebih pintar — "Pindahan Bank / CDM" ditambah sebagai kaedah rasmi, dan kaedah pembayaran mentah dari gateway kini dipadankan dengan lebih tepat sebelum sistem cuba teka daripada teks. Popover pembayaran dan status juga dibaiki supaya tidak lagi terpotong oleh sempadan jadual, dan teks kekal jelas dibaca dalam mod gelap.
Ahli team boleh urus order sendiri di peringkat awal
Sebelum ini, ahli bukan-HQ langsung tak boleh tukar status order — sebarang cubaan akan sekat dengan mesej "HQ sahaja". Kini, ahli team boleh batalkan order sendiri semasa ia masih di peringkat awal (baru, menunggu, atau semakan pembayaran) tanpa perlu tunggu HQ bertindak. Kawalan ini terhad dengan sengaja — hanya pembatalan, hanya untuk order sendiri, hanya di peringkat awal.
Penapis team untuk HQ
HQ kini boleh tapis senarai order mengikut ahli team, memudahkan semakan prestasi atau susulan order tanpa perlu scroll cari.

