← Semua kemaskini
Pembetulan·26 Ogos 2026

Notifikasi Order Baharu Kini Lebih Tepat

Order lama tidak patut mengejutkan anda

Bila order sejarah diimport atau sync lama berjalan, ia bukan order baharu untuk pasukan. Alert yang tercetus semula membuat inbox, email, atau WhatsApp kelihatan seperti ada kerja baru yang perlu diproses.

ARAS kini membezakan order yang baru diterima daripada order sejarah. Notifikasi untuk seller dan customer hanya dihantar pada aliran order baharu yang sebenar.

Lebih banyak kawalan dalam Notifications

Di Settings → Notifications, anda boleh kawal alert email order kepada seller serta confirmation kepada customer melalui email atau WhatsApp. Tetapan ini hanya mengawal penghantaran; ia tidak mengubah order yang sudah wujud.

Signal yang boleh dipercayai

Bila anda nampak alert order baharu, ia lebih dekat dengan kerja yang benar-benar masuk sekarang — bukan gema daripada import atau sync lama.

Dah baca cukup. Cuba ARAS sekarang.

Platform jualan sendiri. 30 hari percuma. Tanpa komitmen.