Semua kemaskini
Penambahbaikan·26 Mei 2026

Autosave Draft Order Baru — Kerja Tak Hilang Bila Tertutup

Autosave Draft Order Baru — Kerja Tak Hilang Bila Tertutup

Apa yang berubah

Dalam modal New Order, setiap kali anda taip — nama customer, alamat, tambah produk ke order — sistem simpan draft secara automatik. Draft kekal selama 7 hari.

Bila anda:

  • Tutup modal secara tidak sengaja
  • Reload browser
  • Klik ESC atau backdrop

Dan kemudian buka modal New Order semula — draft yang anda tinggalkan muncul balik. Banner amber kecil papar: "Draft dipulihkan · Xm lepas · Buang". Klik Buang kalau anda nak mulakan baru.

Apa yang tidak disimpan (sengaja)

Harga, jumlah, diskaun, dan kupon tidak disimpan dalam draft. Ini reka bentuk yang disengajakan:

  • Harga produk boleh berubah antara masa draft disimpan dan masa order diselesaikan
  • Kod kupon perlu diverifikasi semula supaya diskaun tidak terpakai secara salah
  • Butiran pembayaran tidak patut ada dalam localStorage

Kalau anda ada kupon dalam order, teks kupon akan dipulihkan — tapi anda perlu klik "Guna" semula untuk verify ia masih valid.

Produk yang sudah tidak tersedia dalam draft

Kalau produk dalam draft anda sudah didelete atau tidak lagi dijual, ia akan muncul dengan amaran. Anda perlu keluarkan atau ganti item tersebut sebelum boleh submit order.

Siapa yang untung

Merchant yang kerap masukkan order besar dengan banyak item. Sebelum ini satu kesilapan klik — dan kerja 3 minit hilang begitu sahaja. Sekarang tidak lagi.

Dah baca cukup. Cuba ARAS sekarang.

Tengok cara ARAS mudahkan aliran kerja order harian — cuba demo.