← Semua kemaskini
Ciri Baru·21 Ogos 2026

Delivery Storefront Kini Mengikut Courier Merchant

Pelanggan mahu harga dan delivery yang jelas

Pelanggan storefront tidak sepatutnya perlu memilih antara routing operasi yang mereka tidak faham. Mereka cuma perlu tahu berapa caj delivery dan bagaimana order akan dihantar.

Di dashboard, HQ kini boleh tetapkan courier yang digunakan oleh workspace untuk fulfillment storefront. Di checkout, pelanggan kekal melihat pilihan Standard delivery bersama harga zon yang dikira untuk order mereka.

Routing dibuat selepas order masuk

ARAS menyimpan pilihan courier pada tetapan shipping dan menggunakannya apabila order perlu diproses. Nama provider, ID quote, dan butiran operasi tidak dihantar ke storefront pelanggan.

Pilihan yang muncul dalam dashboard bergantung pada capability yang tersedia untuk workspace. Jika tiada pilihan khusus ditetapkan, routing menggunakan laluan default yang disokong.

Satu aliran untuk pelanggan, lebih banyak kawalan untuk operasi

Harga yang pelanggan nampak kekal fokus pada zon dan berat parcel. HQ pula boleh menyusun operasi courier di satu tempat tanpa menjadikan checkout lebih rumit.

Dah baca cukup. Cuba ARAS sekarang.

Platform jualan sendiri. 30 hari percuma. Tanpa komitmen.