Semua kemaskini
Ciri Baruv1·12 Mei 2026

Sambung GA4, GTM, atau Meta Pixel ke Storefront Anda

Kebanyakan seller tahu mereka perlu faham trafik storefront — dari mana pelawat datang, siapa yang tengok produk tapi tak beli, iklan mana yang bawa order sebenar. Tapi bila storefront dan alat analitik berada di tempat yang berbeza, data ini susah dikumpul dengan betul.

Analytics Bridge membolehkan merchant Peniaga sambung alat penjejakan ke storefront ARAS terus dari dalam dashboard. Masukkan ID anda — Google Analytics 4, Google Tag Manager, atau Meta Pixel — simpan, dan storefront mula menghantar data ke akaun anda sendiri.

Alat yang disokong

  • Google Analytics 4 (GA4): Penjejakan trafik, sumber, dan tingkah laku pelawat
  • Google Tag Manager (GTM): Kawalan penuh ke atas semua tag dan event penjejakan melalui satu kontena
  • Meta Pixel: Penjejakan untuk kempen Facebook dan Instagram Ads

Data yang anda miliki

Data yang dikumpul masuk ke dalam akaun anda sendiri — bukan ke akaun platform. Anda boleh sambung ke Google Ads, bina audience remarketing, atau analisis aliran customer dari iklan hingga ke order. Ini adalah penjejakan asas yang sepatutnya ada pada mana-mana storefront yang serius.

Ciri ini tersedia untuk merchant Peniaga. Setup dalam Dashboard → Storefront → Analitik.

Dah baca cukup. Cuba ARAS sekarang.

Platform jualan sendiri. 30 hari percuma. Tanpa komitmen.