Customer list yang lebih sesuai untuk kerja harian
Bila customer bertambah, kerja CRM bukan lagi sekadar membuka satu profil. Anda perlu cari nama atau phone number, tapis ikut keadaan, pilih beberapa rekod, dan keluarkan data yang sepadan dengan kerja yang sedang dibuat.
Halaman Customers kini menggunakan table dan toolbar yang lebih tersusun. Carian, filter, pemilihan bulk, pagination, dan tindakan eksport berada dalam aliran yang sama.
Export ikut set yang anda tapis
Export kini mengambil keseluruhan set hasil carian dan filter, bukan hanya page yang sedang terbuka. Ini penting apabila senarai mempunyai banyak customer tetapi anda hanya mahu keluarkan segmen tertentu.
Import CSV tidak lagi tersangkut selepas pilih fail
Import CSV kini mengekalkan keadaan wizard dengan betul selepas fail dipilih. Anda boleh semak mapping, preview rekod, dan teruskan import tanpa modal kembali ke keadaan awal secara senyap.
Metric spend customer juga tidak mengira order yang cancelled, rejected, atau returned sebagai nilai belian. Data yang anda lihat lebih dekat dengan order yang masih mempunyai nilai operasi.
