Semua kemaskini
Penambahbaikan·11 Julai 2026

Komisen Kini Ada Tempoh Tahan 7 Hari Sebelum Boleh Dikeluarkan

Kenapa ini penting

Sebelum ini, komisen ejen dikreditkan serta-merta bila order lengkap dan terus boleh dikeluarkan. Masalahnya: kadang-kadang pelanggan minta refund atau pulangkan barang selepas order dah ditandakan lengkap — WooCommerce refund lewat, atau courier pulangkan parcel selepas beberapa hari. Bila ini berlaku selepas ejen dah keluarkan duit komisen tu, ARAS terpaksa "clawback" — tarik balik dari baki masa depan. Itu pengalaman yang tak best untuk sesiapa.

Apa yang berubah

Komisen kini masuk dulu ke baki "ditahan" (held) selama 7 hari selepas order lengkap. Dalam tempoh ni, kalau order kena refund atau pulangan, komisen terbalik terus dari baki ditahan — tiada kesan pada duit yang dah ada dalam Wallet ejen, sebab memang belum sampai situ lagi.

Selepas 7 hari, komisen matang secara automatik dan masuk ke baki Wallet yang boleh dikeluarkan (earningBalance). Tiada tindakan diperlukan — proses ni berjalan sendiri di belakang tabir.

Kenapa 7 hari

Tempoh ni dipilih untuk padan dengan tempoh biasa refund/pulangan bergerak melalui gateway pembayaran dan courier — cukup lama untuk tangkap kebanyakan kes lewat, tapi tak lambatkan bayaran secara ketara untuk ejen yang order dia memang lengkap dan tak ada isu.

Dah baca cukup. Cuba ARAS sekarang.

Platform jualan sendiri. 30 hari percuma. Tanpa komitmen.