ROAS tinggi belum tentu bermaksud iklan menguntungkan
Revenue yang lebih besar daripada ad spend boleh nampak baik, tetapi ia belum menjawab soalan penting: selepas kos produk, adakah kempen itu masih berbaloi?
Tab Ads kini meminta gross margin anda dan mengira breakeven ROAS. Jika margin anda 40%, titik pulang modal ialah 2.5x. ROAS sebenar dibandingkan dengan angka itu, bukan dengan sasaran rawak.
Data yang digunakan lebih dekat dengan operasi
Masukkan ad spend harian secara manual atau gunakan spend yang diselaraskan daripada channel yang disokong. Revenue dikira daripada order dalam tempoh yang sama, dengan order cancelled, rejected, dan returned dikeluarkan daripada kiraan.
Anda boleh tukar antara workspace dan personal view jika anda HQ. Ahli bukan-HQ hanya melihat spend dan order sendiri.
Semak pecahan setiap ahli
HQ turut mendapat jadual per ahli yang memaparkan spend, revenue, ROAS, dan verdict. Ini membezakan kempen yang membantu keseluruhan workspace daripada kempen yang hanya kelihatan baik pada jumlah gabungan.
Cara guna
Buka Reports → Ads, tetapkan gross margin, pilih tempoh, dan rekod spend yang belum diselaraskan. Gunakan verdict sebagai isyarat untuk menyiasat kempen — bukan sebagai pengganti keputusan margin dan operasi anda.
